Wednesday, October 19, 2011

Mistik Lagi

X tau la kejadian ni kebetulan atau sebaliknya, tp situasi ni agak seram jugak laaa bila en mat xde kt rumah 2 minggu pasai outstation p johor. Kejadian ni berlaku bulan 6 yang lepas..haaa amik kau, punya la lama dok pendam kan, xpe byk lagi benda2 yang dipendamkan akan diceritakan satu persatu...(itu pn klu teringat...hahaha)

Waktu ni jam dh kui 11 lebih, anak3 mesti la sume dh tido kan, tp dok gigih la lipat baju lagi wlpn menguap ntah bape kali dh. Remote astro elok je terletak kt sofa tempat aku duduk tu. Waktu tu tengah tengok channel 104, tetiba tertukar channel 119..aikk tetiba terfikir, remote ni biar betui...

Fikir ve+, xpe..blum pukul 12 lagi ni, xkan nak muncul depan mata dh kot..hahaha terus amik remote tu letak sebelah je ngan aku. Tukar balik channel 104, x sampai 10 minit bleh ubah plak channel 131...mempuyuh dh waktu ni. Fikir dalam kepala sohih benda tu ada dekattttttttttt je ngan aku kan. Berani lagi waktu ni, amik remote tu terus telangkup kan die kt kaki plak, nk tengok klu tertukar channel lagi mesti remote tu duk elok balik kan...Tp, sampei ke sudah x tertukar channel, mesti 'benda' tu bengang je kan...Ntah2 remote tu rosak, saje je kepala ni suka pusing kt lain.

Mlm esoknya mat nak balik, benda ni jadi lagi, tp bukan kena kt aku sorang, tp anak3 pn ada sekali. Waktu ni awai lagi, baru kui 8 lebih, tengah tengok berita...sekali haziq nak tukar channel, die tukar la 611...Aku x puas hati tukar balik tv3 tu, letak remote elok je kt meja jepun kt tengah2 hall ni, haziq pn rileks je la, pasai die kata pukul 9 baru ni nak tengok kartun balik kan...

Tiba2, semua tengah kusyuk dengar berita, tetiba....















TERBUKAK CHANNEL 611 koooooooooooooooooooooooooooooo





nana: haziq...kenapa bukak kartun niiiiii???
haziq: bukan haziq laaaa....(mempertahankan diri)
nana: habis tu siapa???

mata masing2 cari remote kt sape...

dh nampak remote elok terletak kt meja tu, anak3 pakat menjerit la kan, xkan la aku pn nak jerit sama, gila apa, aku mesti tunjuk aku berani, kelentong kt anak3 remote tu mmg kadang2 boleh tukar dengan sendirinya...walaupn sebenarnya rasa nak nangis....bukan apa, terpikir gak, 'die' pn nak tengok citer kartun kah??? mistik itu budak2 kah??? MENAKUTKAN....:(

Tuesday, October 18, 2011

Alahai Haziq

Tetiba nak bercerita, byk benda nk citer sebenarnya, tp sbb sikap M ni ada je kt bdn ni, langsung save kt otak je la, tp tu la setakat maner la kite nak ingat kan apa yg berlaku di sekeliling kite. At least, bila ada blog ni bleh la jugak kite skodeng bila umur dh tua2 nnt, ooo kisah mcm ni...ooo mcm tu...gitu:)

Pagi td, sembang2 ngan haziq rasa lawak plak. Iye la budak tu umur 4 tahun, tp bila bercakap ada je aku rasa best nak bercakap lagi, kira bleh terkena balik la...Bila pk balik haziq nak besar dh, nnt dh xde dh budak ticik kt rumah tu, nak ada anak kecik balik la pasnie...EH!!! hahaha

aku: haziq ada bersenam x dekat school??

haziq: ada je...haziq exercise...

aku: mesti bestkan...kesian haziq, dlu kt taska asyik tengok tv je, x bleh bercakap kan...

haziq: tu la ibu...cepat SAY SORRY dekat haziq....


AMBOOOIII NAKKKKK...suka la ibu dengar ayat last tu, x terfikir tau ibu haziq nak cakap mcm tu....SUKA!!!

Wednesday, June 15, 2011

Semangat Baru

Wlpn dh masuk bulan 6, semangat mesti baru beb...dah la masuk ofis kt bangunan baru, jd segala2nya baru. Wlpn baru seminggu kt Presint 5 ni, kira ok la kan, sume barang baru kan, pemandangan pn sayup mata memandang...

Lenkali citer lagi...ini baru intro untuk tahun ni...hehehe

Monday, March 1, 2010

Teksi

On the way ke Giant Putra Heights..

Haziq: ibu, tu teksi apa?

Aku: alaaa, x perasan la haziq, teksi limosin kot..(main taram je)

Haziq: bukan la ibu..

Aku: habis tu, apa?

Haziq: teksi waja la, apa aaa ibu ni, itu pn x tau...

Aku: dh haziq tau kenapa tanya ibu? (sambil rasa nak marah, tp buat2 cool)

Haziq: saje aaaa...

mat kt sebelah renyeh je, iye la bukan die yg kena kan, masalahnya budak3 ni sket2 tanya aku, sket2 ibu, abah xdak plak, makan ibu, nak p main ibu, itu ibu, ini ibu, nak kenakan pn pada ibu.........uwaaaaaaaaaaaa

Tuesday, February 23, 2010

Anak Membesar Di Depan Mata:)

Sekarang nana dah 7 tahun, cepat je masa berlalu. Tp bila memikirkan tahap pembelajaran yang semakin berkembang, aku makin takut, bleh ke aku handle anak dara aku ni. Sikap yang sukar dijangka dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin penat ke sekolah pada waktu pagi dan ke kafa pula setelah makan tengahari. Aku tau jadual die agak pack tp pada aku itu bukan boleh dijadikan alasan coz sume org mcm tu. Bukan anak aku sorang je. Tp, mungkin sebab die xde kawan kt umah kot, coz adik2 die yg 2 org tu sangat kamcing. Kadang-kala mengenepikan nana mcm tu je. Oooo kakak nak adik pompuan ye....wakaka lariiiiiiiiiiiiii





Inilah 2 orang adik beradik yang sangat kamcing. Sangat2 ok. Mandi mesti nak sekali pastu dalam bilik air tu x yah cakap la tergelak2, menjerit sume ada. Anak lelaki bila main biasa la, klu gaduh tu ala2 gusti pn ada. Ish2...




Inilah 3 beradik yang agak sukar nak bergambar sekali. Bila 2 orang dh ok, yg sorang plak kenkadang x nak @ pandang ke lain, nasib baik gambar ni ada. At least bleh aku framekan:)




Pada aku, biarlah mereka bertiga rapat hingga ke besar. Yang pasti klu sesuatu barang yang nak dibeli, antara mereka mesti mengingatkan antara satu sama lain. Contohnya klu haziq nak something, for sure die akan cakap, 'ibu, haziq nak bla bla bla, ibu beli kt haziq 1, kakak 1, abg 1. Beli tiga...' sambil menunjukkan 3 jari. Pada aku itu adalah saat2 yang tidak bleh ditukar ganti...:)

Ibu dan abah sayang sangat kt anak-anak semua....

Kek Besday

Ini kek saya. Saya sangat suka ibu bagi kek ni. Kek saya ada gambar upin-ipin. Bila saya suruh ibu saya bukak kotak kek ni, saya terus tersenyum simpul. Kek ni sangat cantik ibu. Nanti ibu beli lagi tau...hehehe


Birthday Boy - 3 tahun - 9 Februari 2010


Ini kek saya. Sebelum hari jadi saya, ibu ada bertanya gambar apa yang saya nak bila hari jadi saya nanti. Kalau boleh saya nak gambar kak rus sahaja. Tapi bila ibu saya kata gambar kak rus saja xde, tp sekali gambar upin dan ipin, saya x kisah. Pada saya ibu dah buat saya gembira...Saya suka tengok kek saya nie....


Birthday Girl - 7 tahun - 30 Januari 2010

p/s: Cuba menyelami hati anak...hahaha

Monday, February 22, 2010

Kek Lapis Kukus

Sebelum ni aku ada tengok kt blog kawan aku ct @ mummyrifqy pasai resepi ni. Kira tabik spring toing2 la pasai die rajin mencuba. Aku bab2 kek ni selalu kantoi memanjang, ada masa kek tu ok, suka ati, tp bila die jadi separuh masak, mula la kerajinan tu turun sket2...hehe

Tp, disebabkan aku nak cuba mcmn la rasa kek kukus ni, atas inisiatif sendiri, kite wat je. Jadi x jadi belakang kira. Yang penting aku kena ikut petua ct, 'kite kena buat dengan penuh kasih sayang' haaa gitu..:)

Disebabkan sukatan die sket, jadi aku pakai manual je la, tp bila mat tanya kenapa x pakai mesin segala, aku senyum je, satgi byk cakap, perasaan boleh jadi marah, langsung la perumpamaan buat dengan penuh kasih sayang x leh pakai kan..hahaha

Pastu, bila mat nampak plak aku pakai tepung gandum, die bising lagi, kenapa x pakai tepung naik sendiri. Ish2, menggganggu konsentrasi betui la. Dalam ati dh berkata2 dh, 'abg buat sendiri la' muka tu rasa geram...tp mcm ada bisikan lak kt telinga aku ni, 'kasih sayang' 'kasih sayang' berulang kali lak tu, eeeiii menakutkan laaa...Weh ct, ni hg punya perumpamaan kan mmg power woooooooo, sambil teriang2 tu yg x tahan tau....:)

Disebabkan aku lenguh nak kacau sorang2, kata manual kan, haruslah x bagi mat tu dok rileks2, harus la aku soh die tolong sekali..Tp, mamat ni very particular oooo, sampai lapisan tu pn die nak wat. Die soh aku tengok je...ish2

Bila kerja2 mengukus dh siap, tibalah masa mengeluarkan dari pengukus...:)


kek yang telah dibungkus


Bila nak bukak aluminium foil tu punya takut, satgi buatnya x masak ke apa ke, mesti mat cakap pasai x pakai tepung naik sendiri tu...hehe tp sori la, aku confirm betui pasai aku siap print lagi ct nyer resepi tu, jd otak pk positif...jd kot..

Aku x wat 3 kaler pasai jenuh cari pewarna merah tu, yg ada kaler biru, satgi klu wat biru, sohih kek aku jadi mcm pelangi...Bila bukak dan potong, inilah hasilnya..


Kek yang telah dipotong


Dan sekali lagi, aku x keseorangan, ini budak sangat rajin memotong kek itu kecik2 dan memasukkan ke dalam bekas...


"Lain kali ibu buat lagi tau"

Itu la yang haikal cakap sambil x berhenti2 kek tu masuk mulut, kira ok la, nasib baik jadi la jugak, mungkin aku ikut perumpamaan tu, "buat dengan penuh kasih sayang" hahaha selama ni pn masak dengan kasih sayang gak, tp heran la bleh terngiang2 kt telinga:)

pada kawan2, sila tanamkan kt diri masing2 perumpamaan mcm ni ok...wakaka

Di Bawah Pokok Kelapak...

Pagi ahad tu, aku dh pk, petang tu nak p maner lak..boring weh dok umah je, dh ari sabtu kuar jenjalan p the mines, klu ari ahad p shopping complex lagi alamatnya bulan 3 telan air masak je tak yah makan nasi...hahaha

Aku pn x paham, asai aku dapat idea baek punya mesti waktu dalam bilik air, mungkin air shower yg jatuh kt kepala aku ni membuatkan otak dapat berfikir secara waras kot...wakaka

Last2 lepas asar, kami pn p taman wetland sama anak3. Kt sini ikan lagi banyak. Klu bagi roti tu melompat2 ikan berebut dan 2 bungkus roti keping tu mmg cepat je habis. Maner x nya klu mak pak pn join sekali:)

Dh habis bagi ikan makan, budak2 ni pn p tepi tasik tu. Yang kami ni plak, verangan waktu berchenta di bawah pokok kelapak sambil disinari panas petang yg agak terik. Tu yg mata dua2 jadi kechik tu...Apa??? X caya??? Tengok cni...:)



'seperti bercinta 9 tahun yang lepas...wakaka...lariiiiiii'

Thursday, February 18, 2010

**** **** (Isi Sendiri)

Baru nak positifkan diri..
Klu untuk kepentingan diri sendiri, benda lain diabaikan, go ahead...
Bleh blahhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, February 12, 2010

VE +++

Klu bleh letak ++ tu lebih seribu pn xpe aihhh...

Skrg kite kena positifkan diri. Bangun pagi still rasa malas, mmg cakap kt en mat x bestnya nak kena pergi ofis. Dan seperti biasa en mat cakap, 'haaa die mula dah, die buat dah...cepat bangunnnn...' (aihh, td bukan kata kena positifkan diri kaaa??)

Ok, aku dapat nasihat dari sorang pakar psikologi semalam. Ayatnya lebih kurang mcm nie laa...

'Kite tidak dapat untuk mengubah seseorang tu, tp kite cuba mengubah diri kite untuk menyesuaikan diri dengan org tu, bukan bermaksud mengikut cara die yang salah tp cuba untuk org itu menilai diri kite semula. Apa yang berlaku tetap akan berlaku, selagi kite menerima dengan ikhlas, dan yang penting kite perlu redha, insyaallah allah bersama kita. Berdoa agar dilembutkan hati org itu dan menerima setiap apa yang kite jelaskan dengan hati terbuka...'

Semalam aku dh cuba, dan aku rasa ada kekuatan sket dalam diri, harap berjaya lepas nie..

p/s: kepada pakar aku tu, terima kasih banyak2...
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers a href="http://lilypie.com/">Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers