Tuesday, February 23, 2010

Anak Membesar Di Depan Mata:)

Sekarang nana dah 7 tahun, cepat je masa berlalu. Tp bila memikirkan tahap pembelajaran yang semakin berkembang, aku makin takut, bleh ke aku handle anak dara aku ni. Sikap yang sukar dijangka dan memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Mungkin penat ke sekolah pada waktu pagi dan ke kafa pula setelah makan tengahari. Aku tau jadual die agak pack tp pada aku itu bukan boleh dijadikan alasan coz sume org mcm tu. Bukan anak aku sorang je. Tp, mungkin sebab die xde kawan kt umah kot, coz adik2 die yg 2 org tu sangat kamcing. Kadang-kala mengenepikan nana mcm tu je. Oooo kakak nak adik pompuan ye....wakaka lariiiiiiiiiiiiii





Inilah 2 orang adik beradik yang sangat kamcing. Sangat2 ok. Mandi mesti nak sekali pastu dalam bilik air tu x yah cakap la tergelak2, menjerit sume ada. Anak lelaki bila main biasa la, klu gaduh tu ala2 gusti pn ada. Ish2...




Inilah 3 beradik yang agak sukar nak bergambar sekali. Bila 2 orang dh ok, yg sorang plak kenkadang x nak @ pandang ke lain, nasib baik gambar ni ada. At least bleh aku framekan:)




Pada aku, biarlah mereka bertiga rapat hingga ke besar. Yang pasti klu sesuatu barang yang nak dibeli, antara mereka mesti mengingatkan antara satu sama lain. Contohnya klu haziq nak something, for sure die akan cakap, 'ibu, haziq nak bla bla bla, ibu beli kt haziq 1, kakak 1, abg 1. Beli tiga...' sambil menunjukkan 3 jari. Pada aku itu adalah saat2 yang tidak bleh ditukar ganti...:)

Ibu dan abah sayang sangat kt anak-anak semua....

Kek Besday

Ini kek saya. Saya sangat suka ibu bagi kek ni. Kek saya ada gambar upin-ipin. Bila saya suruh ibu saya bukak kotak kek ni, saya terus tersenyum simpul. Kek ni sangat cantik ibu. Nanti ibu beli lagi tau...hehehe


Birthday Boy - 3 tahun - 9 Februari 2010


Ini kek saya. Sebelum hari jadi saya, ibu ada bertanya gambar apa yang saya nak bila hari jadi saya nanti. Kalau boleh saya nak gambar kak rus sahaja. Tapi bila ibu saya kata gambar kak rus saja xde, tp sekali gambar upin dan ipin, saya x kisah. Pada saya ibu dah buat saya gembira...Saya suka tengok kek saya nie....


Birthday Girl - 7 tahun - 30 Januari 2010

p/s: Cuba menyelami hati anak...hahaha

Monday, February 22, 2010

Kek Lapis Kukus

Sebelum ni aku ada tengok kt blog kawan aku ct @ mummyrifqy pasai resepi ni. Kira tabik spring toing2 la pasai die rajin mencuba. Aku bab2 kek ni selalu kantoi memanjang, ada masa kek tu ok, suka ati, tp bila die jadi separuh masak, mula la kerajinan tu turun sket2...hehe

Tp, disebabkan aku nak cuba mcmn la rasa kek kukus ni, atas inisiatif sendiri, kite wat je. Jadi x jadi belakang kira. Yang penting aku kena ikut petua ct, 'kite kena buat dengan penuh kasih sayang' haaa gitu..:)

Disebabkan sukatan die sket, jadi aku pakai manual je la, tp bila mat tanya kenapa x pakai mesin segala, aku senyum je, satgi byk cakap, perasaan boleh jadi marah, langsung la perumpamaan buat dengan penuh kasih sayang x leh pakai kan..hahaha

Pastu, bila mat nampak plak aku pakai tepung gandum, die bising lagi, kenapa x pakai tepung naik sendiri. Ish2, menggganggu konsentrasi betui la. Dalam ati dh berkata2 dh, 'abg buat sendiri la' muka tu rasa geram...tp mcm ada bisikan lak kt telinga aku ni, 'kasih sayang' 'kasih sayang' berulang kali lak tu, eeeiii menakutkan laaa...Weh ct, ni hg punya perumpamaan kan mmg power woooooooo, sambil teriang2 tu yg x tahan tau....:)

Disebabkan aku lenguh nak kacau sorang2, kata manual kan, haruslah x bagi mat tu dok rileks2, harus la aku soh die tolong sekali..Tp, mamat ni very particular oooo, sampai lapisan tu pn die nak wat. Die soh aku tengok je...ish2

Bila kerja2 mengukus dh siap, tibalah masa mengeluarkan dari pengukus...:)


kek yang telah dibungkus


Bila nak bukak aluminium foil tu punya takut, satgi buatnya x masak ke apa ke, mesti mat cakap pasai x pakai tepung naik sendiri tu...hehe tp sori la, aku confirm betui pasai aku siap print lagi ct nyer resepi tu, jd otak pk positif...jd kot..

Aku x wat 3 kaler pasai jenuh cari pewarna merah tu, yg ada kaler biru, satgi klu wat biru, sohih kek aku jadi mcm pelangi...Bila bukak dan potong, inilah hasilnya..


Kek yang telah dipotong


Dan sekali lagi, aku x keseorangan, ini budak sangat rajin memotong kek itu kecik2 dan memasukkan ke dalam bekas...


"Lain kali ibu buat lagi tau"

Itu la yang haikal cakap sambil x berhenti2 kek tu masuk mulut, kira ok la, nasib baik jadi la jugak, mungkin aku ikut perumpamaan tu, "buat dengan penuh kasih sayang" hahaha selama ni pn masak dengan kasih sayang gak, tp heran la bleh terngiang2 kt telinga:)

pada kawan2, sila tanamkan kt diri masing2 perumpamaan mcm ni ok...wakaka

Di Bawah Pokok Kelapak...

Pagi ahad tu, aku dh pk, petang tu nak p maner lak..boring weh dok umah je, dh ari sabtu kuar jenjalan p the mines, klu ari ahad p shopping complex lagi alamatnya bulan 3 telan air masak je tak yah makan nasi...hahaha

Aku pn x paham, asai aku dapat idea baek punya mesti waktu dalam bilik air, mungkin air shower yg jatuh kt kepala aku ni membuatkan otak dapat berfikir secara waras kot...wakaka

Last2 lepas asar, kami pn p taman wetland sama anak3. Kt sini ikan lagi banyak. Klu bagi roti tu melompat2 ikan berebut dan 2 bungkus roti keping tu mmg cepat je habis. Maner x nya klu mak pak pn join sekali:)

Dh habis bagi ikan makan, budak2 ni pn p tepi tasik tu. Yang kami ni plak, verangan waktu berchenta di bawah pokok kelapak sambil disinari panas petang yg agak terik. Tu yg mata dua2 jadi kechik tu...Apa??? X caya??? Tengok cni...:)



'seperti bercinta 9 tahun yang lepas...wakaka...lariiiiiii'

Thursday, February 18, 2010

**** **** (Isi Sendiri)

Baru nak positifkan diri..
Klu untuk kepentingan diri sendiri, benda lain diabaikan, go ahead...
Bleh blahhhhhhhhhhhhhhhhh

Friday, February 12, 2010

VE +++

Klu bleh letak ++ tu lebih seribu pn xpe aihhh...

Skrg kite kena positifkan diri. Bangun pagi still rasa malas, mmg cakap kt en mat x bestnya nak kena pergi ofis. Dan seperti biasa en mat cakap, 'haaa die mula dah, die buat dah...cepat bangunnnn...' (aihh, td bukan kata kena positifkan diri kaaa??)

Ok, aku dapat nasihat dari sorang pakar psikologi semalam. Ayatnya lebih kurang mcm nie laa...

'Kite tidak dapat untuk mengubah seseorang tu, tp kite cuba mengubah diri kite untuk menyesuaikan diri dengan org tu, bukan bermaksud mengikut cara die yang salah tp cuba untuk org itu menilai diri kite semula. Apa yang berlaku tetap akan berlaku, selagi kite menerima dengan ikhlas, dan yang penting kite perlu redha, insyaallah allah bersama kita. Berdoa agar dilembutkan hati org itu dan menerima setiap apa yang kite jelaskan dengan hati terbuka...'

Semalam aku dh cuba, dan aku rasa ada kekuatan sket dalam diri, harap berjaya lepas nie..

p/s: kepada pakar aku tu, terima kasih banyak2...

Tuesday, February 9, 2010

Sakit Wooo...

Pg tadi bangun dari tido tengok2 ada keluar 'something'...perut dh mula memulas. Eeeii pantang nampak, mesti terus nak sakit tau..

Nasib baik barang dah kemas, cuma tambah apa yang patut je, tengok2 nana dh bangun. Die pn turun tangga sekali dengan aku. Pegang tangan aku. Waktu ni aku dh sebak. Bila aku cakap aku nak pergi keja, tiba-tiba nana cakap, 'ibu, jangan pergi ibu, ibu jangan tinggalkan kakak......' waktu ni airmata aku dah terjurai2 jatuh. Aku balas balik kt nana, 'xde apa yg jadi, kakak doakan je ibu selamat ye....'

Masuk kereta lagi la aku teresak2 nangeh...Bukan takut, tapi bila memikirkan nana dan haikal kt rumah, sebak je rasa dada aku ni. Mat cakap doa je biar sume selamat. Sampai kt perkarangan hospital, aku dh nerves. Mat ajak aku makan dulu. Masuk je kantin, aku rasa ok sket, bila nak mula makan, mula nak sakit balik. Dah habis makan terus pergi check..

Amik tekanan tinggi, tengok berat segala. Mat tunggu kt luar, nurse mintak aku standby je...Menakutkan!!!

Nak dekat kui 1, katil pn ada kosong, nurse mintak aku rehat kt situ. Mat still kt luar, tp sekali sekala die mai jenguk aku. Mat tepon mak aku kt kg. Sakit mula terasa jam 3 petang ke atas. Sekejap sakit, sekejap x. Nurse kesian kot tengok muka pucat aku, terus die suntik bagi aku rehat dulu. Bangun dari tido lagi sakit, tetiba penuh dh air kt katil. Bila cakap kt nurse, 'dh penuh air kt tilam ni' Nurse dengan selamba menjawab, 'ok, xpe...' Bila mat masuk, terus die cakap, 'sayang, kenapa nie????' Aku buat isyarat diam, tp airmata jatuh lagi....Eiii x tau la nak kata pasai pa jd sensitif sangat aihhhhh.

Kt kui 6 aku masuk bilik yg sepatutnya, nasib aku baik coz kakak kepada ofismate aku ada kt situ, depa jaga aku, urut aku, sapu tangan aku, nurse tu bagi aku air sket, die kata muka aku pucat. Dekat kui 6.30 ptg, nurse tanya husband ada kt luar x?? Diorang nak bagi masuk, tp bila panggil, en mat xde. Aku paham dan aku tau mesti en mat amik mak aku kt stesen bas. Kt kui 7.10 mlm, operasi pn bermula...'eiyyahhh, eiyyahhh...' hahaha, 'ok nanadanny, awak boleh buat, sket lagi, haaa kepala baby nampak dh, jangan angkat punggung, ok terannnnnnnn, sket lagi....' huishhh punya la akak2 nurse ni bagi semangat kt aku....tetiba, 'slurpppp' sesuatu keluar seperti menggelongsor.......Lega, alhamdulillah...

Kui 7.20 mlm, selamat lahir seorang lagi bayi lelaki. Dekat kui 8.00 malam, mat baru sampai dan nurse panggil die masuk labour room. Nampak je muka aku, airmata mat menjurai2 turun. Looorr ish, sedih plak dh, aku pn senyum je la, x larat nak nangeh dahhh...'wink'

Lepas tu kami dibawa ke wad, lepas je tau aku ada deal ngan someone kt hospital tu, baru lah aku diberi wad 1 bilik 2 org, lega sket, bilik air kt dalam tu, aku dh merasa berjalan jauh ke bilik air, sian baby nangeh x dengar, jadi bila deal ngan org tu, alhamdulillah aku dapat bilik ni. Mlm tu mat bawak nasi, giler punya lapar, makan serupa sebulan x makan, nasib baik waktu meneran td ada tenaga klu x, aku pn x pasti apa yg jadi lepas tu...

Esoknya aku dh bleh balik...horeeyyy, nana dan haikal pn hepi je dapat baby...sket2 cuit pipi la, pegang tangan n kaki la...Dan sume ni kenangan 3 tahun yang lalu. Hari ni genap 3 tahun umur haziq. Moga haziq menjadi seorang anak yang mendengar kata dan berjaya dunia dan akhirat...Ibu dan abah sayangkan haziq dan semua anak-anak yg lain.

Selamat Hari Lahir Haziq....:)

Thursday, February 4, 2010

RM10 Pun Nak Dipertikaikan....Aiyoooo

Aku pn x tau siapa yg buat report, tp cikgu cakap cuma 1 family ni je yg buat report pada jabatan pendidikan....

Ehhh, aku terus cakap point ye, xdak intro bagai, nak intro mcmn, geram la kt org yg berkira sangat pasai duit niieeee...

Haikal belajar Pra kt sekolah sekarang ni, jadi melalui perbincangan waktu orientasi dulu sume keluarga dh bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM10 setiap bulan bagi membuat sebarang aktiviti masa akan datang. Tup-tup semalam haikal pulangkan balik duit Januari lepas, dan disertakan surat sekali. Cikgu inform kt mat, ada plak family yg p report pasai duit RM10 ni. Ish, x paham la aku, setakat RM10 pun mau kira kaaaa????? Dah la kite x bayar sesen pn untuk setiap bulan, padahal aku hantar KEMAS dulu pn ada bayaran tiap2 bulan walaupn hantar setengah hari.

Kepada yg buat report tu, no words can say, apa yg orang tu fikir pn aku x pasti, x terpikir ke jasa cikgu2 yang mengajar anak2 kite...? RM10 bukan RM100 hokey...ish, pening la pk perangai manusia2 kt dooooniaaaa ni....

Tepuk dada, tanya la diri sendiri....

Translate

Keja sekolah nana setakat ni x banyak lagi, setakat satu dua subjek je..tp nak kena buat lepas mandi petang tu, klu die buat lepas makan, mula la nak merengek sebab dh penat + mata dah ngantuk...

Subjek BI dan kena translate kepada BI...

nana: ibu, see tu melihat kan...

aku: haa..tulis elok2 tau...

nana: hear ibu....hear tu mendengar kan...

aku: betuiiiiii kakak...

nana: touch ibu...

belum sempat nana cakap...haikal menyampuk...

Touch n Go laaaaa....hahaha budak2 ni mmg ada je benda nak buat lawak tauuuu...

Nak Ke Sekolah

Skrg ni klu nana n haikal balik dari sekolah, haziq mesti hepi sgt, mungkin boring dok kt umah xde kawan, jadi baru2 ni sembang2 la dengan budak yg baru nak menginjak ke umur 3 tahun 9hb nie....:)

aku: nanti haziq nak sekolah ke?

haziq: nak p skui (school)..

aku: ok, nnt haziq pergi school, haziq mesti ramai kawan tau, haziq kena tanya la nama kawan tu apa ok..

haziq: ok ibu...

aku: ok, ikut ibu cakap...nanti jumpa kawan, haziq kena cakap mcm ni tau. Nama awak siapa? Cepat..ikut ibu...

haziq: heyooo...awak, awak apa kabar????

hahaha....adoiiiiiiiii laaaa, aku tergelak betui la waktu ni, lain yg aku ajar, lain yg die dapat...:)
Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Lilypie Kids Birthday tickers a href="http://lilypie.com/">Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers Lilypie Third Birthday tickers